Kami ciptakan miniatur anda!~Khusus pengeluaran Kedai Patung Lilin Mini pertama di dunia dengan Implantasi Rambut, Implantasi Abu Tulang Epal Adam, Implantasi tali pusat~

Testimoni

Testimoni

Kami telah melaksanakan satu soal selidik dengan pelanggan kami.

Mengapa anda membuat keputusan untuk beli
Patung memberi perasaan yang realistik.67%、 Patung ialah kraftangan profesional.15%、 Proses pesanan adalah senang.12%、 Yang lain-lain6%
Apakah tahap kepuasan anda terhadap patung yang sudah siap?
Sangat puas hati82%、Puas hati15%、Yang lain-lain3%
Adakah anda akan memperkenalkan kepada kawan anda?
Akan memperkenalkan97%、Tidak pasti3%

Testimoni

Lelaki berumur lebih kurang 60 tahun yang tinggal di Chiba
Lelaki berumur lebih kurang 60 tahun yang tinggal di Chiba

Isteri tersayang saya telah meninggal dunia. Semasa saya sudah putus asa dengan hidup saya, anak perempuan saya memberitahu saya tentang patung lilin untuk si mati. Mungkin dia cuma nak beri harapan untuk saya. Sejak hari itu, untuk mendapatkan balik isteri saya, saya mula mencari laman-laman web yang berkaitan dengan pembuatan patung untuk si mati. Sebab utama saya pilih FamilyScene ialah perasaan yang sangat realistik. Berbanding dengan 3D patung yang diperbuat daripada mesin, FamilyScene yang diperbuat dengan kraftangan memberi lebih kemesraaan kepada saya. Apabila saya memegang patung isteri saya, saya tercakap “Selamat balik ke rumah, isteri tersayangku”. Kedut isteri saya juga dicukirkan dengan jelas seolah-olahnya isteri saya masih hidup di dunia ini. Sekarang saya juga nak pesan patung salinan untuk anak-anak saya. Terima kasih banyak-banyak!

Perempuan berumur 40 tahun ke atas yang sekarang tinggal di Tokyo.
Perempuan berumur 40 tahun ke atas yang sekarang tinggal di Tokyo.

Saya tidak pernah ada tempat bersembayang nenek moyang di rumah. Ibu saya meninggal dunia tidak lama dahulu. Saya rasa saya perlu menyedia satu tempat sembayang untuk ibu saya. Jadi, saya pergi mencari perabot untuk mendirikan tempat sembayang ibu saya. Saya amat terperanja apabila saya dapat tahu bahawa kos untuk satu set tempat sembayang adalah 6 juta yen!!! Untuk saiz yang mini pun kena belanja lebih kurang beberapa ratus ribu yen. Sukar dipercayai! Dan rumah saya pun tidak cukup besar. Lepas saya tanya kawan saya, kawan saya memperkenalkan FamilyScene kepada saya. Saya terperanjat selepas tahu bahawa patung lilin ini akan mengandungi abu tulang yang menjadikannya satu car.a penyembahan nenek moyang yang baru. Dengan ini, saya tidak akan mempunyai masalah meletak tempat sembayang lagi. Berbanding dengan tempat sembayang, saya rasa lebih mesra dengan patung lilin. Anak-anak saya juga sangat gembira kerana nenek mereka sudah kembali ke sisi mereka. Ibu akan sentiasa melindungi kami. Kami akan terus hidup tanpa melupai ibu saya.

Yang pertama in Jepun! Apa itu implantasi rambut?

“Rambut” (Janggut, rambut aksila, rambut dada, rambut kemaluan) boleh dimasukkan ke dalam bahagian patung lilin yang berkaitan. (Bergantung kepada jenis rambut, tempat letak di dalam patung lilin adalah berbeza.) Servis ini ialah pertama kali di dunia ini. Anda ada beberapa pilihan dalam FamilyScene.

 
 

Memperingati orang tersayang kita yang sudah meninggal dunia dengan patung lilin.

Jika seseorang ahli keluarga meninggal dunia, ada sesetengah orang mungkin nak sentiasa berada di sisi Si Mati kerana terlalu sedih.

Patung lilin Family Scene yang mempunyai rambut Si Mati dilahirkan dengan tujuan untuk meringankan kesedihan ahli keluarga Si Mati dan juga mewujudkan suasana seolah-olahnya Si Mati masih berada di sisi mereka.
Jika anda ingin mempunyai peringatan untuk ahli keluarga atau kawan anda yang sudah meninggal dunia ataupun meninggalkan rekod muka atau badan mereka, Family Scene boleh bantu anda.

Orang tersayang anda akan kembali ke sisi anda…
Ibu dan bapa sentiasa menyayangi kita, melindungi kita ataupun memarahi kita. Kekasih tersayang kita sentiasa memahami kita dan mengakui kita. Anak-anak yang kita sentiasa memberi sokongan dan kasih sayang. Itu ialah tujuan hidup kita.
Jika orang tersayang kita tiba-tiba meninggal dunia, betapa pedih kita akan rasa? Banyak orang akan hilang harapan terhadap hidup. Seseorang yang masih hidup semalam tiba-tiba sudah tiada di sisi hari ini. Family Scene boleh mengurangkan kesedihan ahli keluarga si mati.
Orang tersayang kita yang sudah meninggal dunia boleh terus memberi dorongan dan menjadi tujuan hidup kita dalam bentuk patung lilin Family Scene.
Anda boleh menukarkan ingatan kepada reka bentuk patung lilin.
Patung lilin Family Scene ialah kedai produksi kraftangan untuk patung lilin mini yang pertama di dunia. Kami boleh memperbuat patung lilin mengikuti kesukaan anda.
Setiap kali anda lihat atau sentuhnya, anda akan teringat banyak ketika-ketika manis yang pernah berlaku. Anda boleh merasai kasih sayang dan kegembiraan mereka seperti semasa mereka masih hidup. Anda juga boleh memilih untuk memasukkan reka bentuk berdasarkan benda-benda yang membawa kenangan baik ataupun tali leher dan baju kesayangan mereka. Orang kesayangan anda akan kembali ke sisi anda dengan rupa yang anda sudah biasa lihat.Anda akan merasai satu-satunya kemesraan yang unik di dunia ini.
Patung lilin Family Scene diperbuat dengan khusus dari segi rupa dan bentuk untuk memberi perasaan yang betul kepada ahli keluarga Si Mati.

Patung lilin boleh diperbuat berdasarkan 1 gambar sahaja.

Sila tanya kami jika anda ada sebarang soalan.

Patung lilin mini Family Scene mempunyai kewujudan yang sangat realistik.Macam orang benar sedang berada di sisi anda

Mengapa ia nampak macam orang benar?

1. Informasi daripada sekurang-kurangnya 200 model
2. Boleh menunjukkan bahan dan tekstur yang berlainan
3. Pertama kali di dunia! Patung liling

Sebab-sebab Family Scene dipilih

1. Boleh dikira sebagai kos pembelanjaan korporat

Patung lilin Family Scene boleh dikira sebagai kos pembelanjaan syarikat. Macam mana jika pesan semasa sambutan ulang tahun, ataupun untuk pejabat-pejabat cawangan? Mari kita meraikan kejayaan untuk pencapaian sasaran jualan dengan pekerja-pekerja syarikat yang lain.
Boleh dikira sebagai kos pembelanjaan korporat

2. Sebab Family Scene ialah kedai pembuatan kraftangan untuk patung lilin mini

Family Scene ialah kedai pembuatan kraftangan untuk patung lilin mini (29cm, 39cm). Patung lilin mini memerlukan kemahiran yang semakin tinggi apabile saiz patung lilin menjadi lebih kecil. Sila yakin terhadap kami kerana kami ialah kedai pembuatan professional. “Implantasi rambut” ialah cara pembuatan yang pertama di dunia ini.
Sebab Family Scene ialah kedai pembuatan kraftangan untuk patung lilin mini

3. Kewujudan yang realistik.

Family Scene telah mengeluarkan beberapa ratus patung lilin untuk tokong dan muzium sampai hari ini. Dari analisis gambar, pembuatan prototaip dengan silikon, pengambilan acuan sampai penyiapan terakhir ialah kerja manual. Rahsia patung lilin kami nampak macam orang benar ialah pengalaman kerja dan juga rasa tersendiri. Patung lilin kami adalah berbeza dengan patung lilin tradisional di mana lilin boleh diwarnai sejak permulaan.
Kewujudan yang realistik.

4. Banyak pilihan untuk benda tambahan

Dalam Family Scene, anda boleh mencukir “rambut”, “nama” dan “tarikh lahir” dalam patung lilin. Dengan mencukir “rambut”, “nama” and “tarikh lahir”, patung lilin anda akan menjadi satu-satunya patung lilin di dunia ini. Anda juga boleh pilih daripada pilihan tambahan seperti implantasi tali pusat, kimono, cermin mata, aksesori, jam tangan, tali pinggang, kasut, bag dan lain-lain.
Banyak pilihan untuk benda tambahan

5. Bahan yang mempunyai kualiti tertinggi

Patung lilin Family Scene diperbuat dengan bahan dan resin yang same dengan patung lilin Madame Tussauds yang biasanya memerlukan kos sekurang-kurangnya 20 juta yen. Kami akan mengguna bahan yang mempunyai kuality terbaik untuk pembuatan.
材質・材料が違うから

6. Senang untuk menempah

Dalam Family Scene, selagi anda menghantar gambar-gambar dari sudut yang berlainan seperti depan, belakang, kiri atau kanan, ia adalah mencukupi.
Anda boleh memesan melalui LINE.
Untuk memastikan patung lilin lebih realistik, gambar-gambar yang jelas dan ukuran yang terperinci adalah paling baik.
Senang untuk menempah
PAGETOP
Unauthorized reproduction of any photos or information on this website is forbidden.
Copyright © Family Scene All Rights Reserved.