Kami ciptakan miniatur anda!~Khusus pengeluaran Kedai Patung Lilin Mini pertama di dunia dengan Implantasi Rambut, Implantasi Abu Tulang Epal Adam, Implantasi tali pusat~

Guru Pemodelan Patung Lilin

  • HOME »
  • Guru Pemodelan Patung Lilin

Pemodelan Patung Lilin

Profil Pengukir Patung Lilin

Siapakah Pengukir Patung Lilin Dengan menggunakan teknik penghasilan patung lilin secara tradisional, kami akan pastikan anda terpegun dan berpaling 2 kali apabila melihat patung lilin mini buatan kami yang amat realistik dan persis orang sebenar.

Dengan menghasilkan patung lilin artis dan orang terkenal pasi akan menghangatkan susasana sesuatu majlis kerana peminat boleh bergambar bersama artis kesayangan mereka dan pasti menjadi satu pengalaman yang mengujakan.
Patung lilin kami datang dengan ketelitian dan kesempurnaan pada tahap yang tinggi sehingga biji mata, rambut dan kulit yang kelihatan asli dan sempurna.

 

Kelainan Patung Lilin oleh Family Scene

Pengukir patung lilin Family Scene telah berkecimpung dalam bidang ini selama lebih 10 tahun. Jika subjek patung lilin masih hidup, ukuran seluruh badan akan diambil seperti menempah baju. Di sini kami mengumpulkan data sehingga lebih 200 ukuran untuk menghasilkan sesuatu yang sempurna untuk anda. Kami mengumpulkan sebanyak mungkin data dari subjek untuk menghasilkan patung lilin berkualiti tinggi.

 

Pengumpulan data adalah amat penting untuk menghasilkan patung lilin. Seperti contoh, untuk bahagian muka, jarak antara kening dan jarak kening dari mata, tinggi badan, panjang tulang, setiap satunya direkod dengan teliti. Seterusnya pembuatan silikon, pembentukan wax dan solekan khas.
Kebanyakan kilang patung lilin akan merahsiakan teknik yang digunakan. Di Family Scene, kami mempunyai beberapa staff professional tetapi kebanyakan proses yang penting dilakukan oleh Mr. Tatanan sendirian.

Tambahan lagi, semakin kecil patung lilin semakin tinggi kepakaran yang diperlukan. Kami di Family Scene terlibat dengan beratus patung lilin serata dunia. Dari imbasan gambar hingga ke pembentukas silikon semuanya dilakukan secara manual. Patung lilin kami kelihatan seakan orang sebenar terletak pada wax berwarna yang kami gunakan. Kami janjikan patung lilin yang akan menjadi sesuatu yang berharga kepada anda.

PAGETOP
Unauthorized reproduction of any photos or information on this website is forbidden.
Copyright © Family Scene All Rights Reserved.